Monday, June 30, 2008

Krisis Pedoman

1) Setiap manusia mempunyai bayangan tentang kesempurnaan kehidupan yang sekiranya diperolehi boleh memberi perasaan puas dan tiada kerisauan. contohnya wajah yang cantik tampan, pendapatan yang lumayan dan lain lain lagi.
2) Bayangan kesempurnaan ini menjadi matlamat atau target yang perlu di capai, maka manusia seperti kita semua merencana kaedah untuk mencapai target ini.
3) Halangan untuk mencapai matlamat ini kita redah dan sekiranya berjaya kita gembira dan sekiranya gagal kita kecewa.
4) Demi mencapai matlamat ini kita sanggup berbuat apa sahaja, kata pepatah kita sanggup redah lautan api.
5) Tetapi setiap yang berjaya mencapai matlamatnya merasa masih belum menikmati kepuasan masih risau, maka dibayangkan satu kesempurnaan baru untuk direncana dan dicapai.
6) Diharap bayangan baru ini dapat memberi kepuasan dan hilang rasa risau, tetapi bila dicapainya masih TIDAK PUAS DAN BERTAMBAH RISAU MENGENANGKAN UMURNYA MAKIN PENDEK.
7) JADI DIMANA KESEMPURNAAN KEHIDUPAN?

KESEMPURNAAN KEHIDUPAN
a) Kesempurnaan terletak kepada kebolehan MENERIMA KEBENARAN.
b) Adakah kita terdiri dari orang yg percaya bahawa kita ini tidak terjadi dgn sendiri tetapi di cipta?
c) Adakah kepercayaan ini kita angap penting atau kita terima sambil lewa?
d) SEJAUH MANA KITA BERI PERHATIAN KEPADA KEPERCAYAAN INI MENENTUKAN KEJAYAAN KITA.
e) HARI INI KITA SEMUA BERANGGAP SOALAN DI ATAS TIDAK PENTING KERANA RAMAI ORANG DAH TAHU, dan yang penting adalah memastikan perintah pencipta di ikuti.
f) Sekiranya kita bersetuju dengan kenyataan diatas maka kita semua seperti MAYAT YANG HIDUP. HIDUP TETAPI MATI, ADA MATA TETAPI BUTA , ADA MULUT TETAPI BISU, ADA TELINGA TETAPI PEKAK.
g) KITA TELAH TERTIPU BAHAWA KITA INI SUDAH BERIMAN KEPADA PENCIPTA WALHAL KITALAH PENENTANG PALING NYATA!!!