Bismillahirrahmaanirrahim
Alhamdulillah rabbal a’alamin, selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad Bin Abdullah ahlu bait sekaliannya dan para sahabat radhiAllahu a’nhum.
Adakah dunia ini kotor?
Cuba kita bayangkan, kita memakai sehelai baju putih yang bersih, kita memakainya ke sekolah, ke pejabat, membawanya berjalan-jalan dan ke pasar, apabila pulang ke rumah, adakah baju itu tadi masih lagi bersih? walau sebagus mana kita menjaga kebersihan baju tadi, ianya tetap kotor, paling kurang ianya dihinggapi bekteria yang kita tidak nampak dengan pancaindera.
Dunia kini
Seorang lelaki yang ingin menjaga dirinya dari sebarang dosa, maksiat dan keburukan-keburukan yang lain akan menghadapi kesukaran dengan suasana dunia sekarang, segala keburukan tidak lagi di luar rumah, tetapi di dalam rumah, lihat sahaja di tivi, rancangan yang buruk mengatasi yang baik.
Apatah lagi di luar, anak gadis yang sudah tidak ada nilai diri, muamalat yang teruk, dan banyak lagi, semuanya penuh kekotoran, lelaki tadi yang bersusah payah menjaga dirinya tercalit dengan kekotoran itu, paling kurang mata terpandang dan telinganya terdengar kekotoran dunia ni. Mujurlah nabi pernah bersabda
( عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إن الله عز وجل عفا لكم عن ثلاث : عن الخطأ ، والنسيان ، وما استكرهتم عليه .).
Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan kamu daripada tiga ini : tersalah, lupa, dan apa yang kamu benci
Sunan Said Bin Mansur : 1145
Baju tadi apabila telah kotor terpaksa la dibasuh, dengan tide ke, omo ke, trojan ke, kemudian melalui peringkat-peringkatnya sampai bersih, samada dibasuh dengan tangan ataupun dengan washing machine yang pasti maqasidnya ialah bersih dan suci.
Begitu juga manusia, perlu dibersih, perlu disucikan dari kotoran dunia ini. Allah SWT telah mengajar kita melalui wasilahNya junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagaimana ingin membersih diri, supaya kita tidak membawa kekotoran di “hari yang kekal abadi” itu, kerana disana sesiapa yang mempunyai kekotoran akan dibasuh dengan kesakitan, manfaat lah peluang yang masih ada ini.
Ya Allah kau kuatkan diri kami menghadapi mehnah dan musibah dunia ini, kau tetapkanlah kami dalam ketaatan padaMu dan agamaMu, kau akhirilah umur kami dengan sebaik-baik pengakhiran (husnul khatimah) Amin Ya Rabbi.
Wallahu Ta’ala A’lam
Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.
Wednesday, July 14, 2010
Cemburu dan Menerima Seadanya
Bismillahirrahmaanirrahim
Jika anda ingin dihormati, disayangi, dan ditolong oleh suami, jagalah perasaan nya dari perasaan cemburu, setiap lelaki mempunyai perasaan cemburu yang berbeza, maka ambil caknalah dari aspek mana suami anda cemburu.
Kadang-kadang ada lelaki cemburu bila isteri lebih pandai darinya, jadi janganlah menunjukkan lebih pandai dihadapan suami anda.
Paling utama dalam hubungan suami isteri, janganlah memuji lelaki lain dihadapan suami anda, sama juga seperti anda yang tidak suka mendengar pujian atau mana-mana nama perempuan disebut dihadapan anda.
Jika suami anda tidak mempunyai perasaan cemburu ini adalah sesuatu yang kronik, bermakna diri anda tiada makna baginya, anda bisa melakukan apa sahaja yang tidak senonoh tanpa larangan darinya dek kerana tiada perasaan cemburu tadi.
Walaubagaimanapun cemburu yang melampau juga menyusahkan hidup kita, cemburu itu dibiarkan berpanjangan dan meleret sehingga susah untuk dibawa berbincang, akhirnya keretakan, paling bagus ialah bersederhana dalam cemburu.
Oleh itu setiap isteri haruslah mengetahui pada aspek mana yang bisa membuatkan suami itu cemburu, bila anda mengetahuinya jagalah dari melakukan perbuatan itu, insyallah selamat rumah tangga anda.
Menerima suami mu seadanya, inilah antara sifat yang perlu ada bagi setiap isteri, begitu juga sebaliknya, tanpa sifat ini rumahtangga itu sukar untuk bertahan lama.
Setiap manusia itu dicipta dengan sifat dan tabiatnya yang tertentu, punya keinginan dan kesukaan yang berbeza antara satu sama lain, begitulah alam rumahtangga yang akan ditempohi.
Jika isteri ingin mengubah tabiat yang dianggap tidak sempurna pada suami nya, ia satu kesilapan yang besar, apalagi jika perubahan yang ingin dilakukan itu secara keras dan tergesa-gesa.
Hendaklah setiap isteri itu hidup dengan suaminya itu dengan seadanya, dari sifatnya, tabiatnya, kegemarannya bukan dengan hidup yang diingini, jika seorang isteri itu mengharapkan hidup seperti apa yang diinginkan, dibayangkan, penuh kebahagiaan tanpa sebarang rintangan, itu juga satu kesilapan, kerana hidup tidak lari dari kekurangan dan kecacatan (tidak sempurna).
Sepasang suami isteri sebelum diijabkabul merupakan manusia asing antara satu sama lain, si wanita hidup dengan keluarga yang berbeza dengan kehidupan si lelaki, latar belakang kehidupan mereka berdua berbeza, apabila dua orang asing yang punya latar belakang yang berbeza sudah tentu banyak khilaf dan perbezaan yang akan berlaku…
Disinilah dituntut setiap suami isteri itu menerima kekurangan yang ada pada pasangan mereka, jika sebelum ini anda boleh tidur dengan tenang, mungkin setelah berumahtangga tidur anda sedikit terganggu dengan dengkuran si suami, disinilah anda dituntut menerima kekurangan yang ada pada suami anda, untuk anda mengubahnya mungkin boleh mungkin juga tidak, ada baiknya anda cuba menerima sehingga timbul rasa sayang padanya, kerana suami anda itulah dia.
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah SWT itu ada hikmahnya, dan percayalah disebalik perbezaan antara suami isteri itu ada hikmahnya, setiap khilaf yang berlaku antara suami isteri akan menjadi asam garam dan kenangan hidup bersama.
Jika kita ingin menjalinkan hubungan yang baik sesama kita, hendaklah belajar menerima kekurangan orang lain,itulah nasihat yang diberi pakar ilmu nafs.
Setiap tabiat dan pebuatan itu ada baik dan buruknya, selagi sifat dan tabiat suami anda tidak melanggar batas syariat kenapa tidak anda menerima seadanya? tetapi jika sebaliknya, anda hendaklah memikirkan cara terbaik dan berhikmah demi menyelesaikan nya.
Ada juga isteri apabila tidak menyukai sesuatu sifat suaminya mula bersikap pelik sehingga menimbulkan kehairanan pada suami, isteri mungkin cuba untuk menyatakan yang dia tidak meyukai sesuatu sifat tetapi tidak berterus terang, perkara ini jika membawa kepada pertelingkahan adalah sesuatu yang tidak sihat, maka adanya baik duduk berbincang dan berterus terang.
Jika melihat kekurangan yang ada pada suami anda dari sudut positif, insyallah anda akan mampu menerimanya dengan perasaan sayang.
Teringat satu kisah, isteri kurang berminat dengan perangai suaminya yang suka menonton bola ditengah malam, tapi akhirnya si isteri turun meminati bola dan sentiasa menemani suaminya apabila ada match.

Tuesday, March 30, 2010
Salam Perjuangan
Melayu mudah lupa…
Sejarah bangsanya yang lena.. Tanah lahirnya yang merekah berdarah...
Ingatlah… Wahai bangsaku jangan mudah lupa lagi… Kerana perjuanganmu belum selesai... Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah.. Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina.. Airmata tiada ertinya.. sejarah silam tiada maknanya.. sekiranya bangsa tercinta terpinggir.. dipersenda dan dilupakan..
Bukan kecil langkah wira bangsa.. para pejuang kemerdekaan.. bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan.. Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara.. air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita… tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.. lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri… Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara… Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga… selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar…
Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati… Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya… Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa…
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya…
Selamat Majujaya Wahai Bangsaku… Semuga Allah merahmati bangsaku

Subscribe to:
Comments (Atom)